pnduduk kampung terjumpa makhluk berpakaian putih yg memunculkan diri swaktu meronda

Bulan lepas, negara digemparkan dengan kejadian misteri ketukan pintu tanpa salam oleh penduduk di beberapa buah kampung pada waktu malam sehingga awal pagi. Kejadian yang pada awalnya bermula di Kampung Batu 37 Darat, Kampung 38 dan Kampung Baharu kemudiannya merebak pula sehingga ke kampung-kampung lain yang berhampiran seperti Kampung Tengah, Kampung Banting dan Taman Air Manis.

Insiden tersebut membuatkan daerah Sabak Bernam menjadi ‘popular’ satu Malaysia biarpun ada yang mendakwa kisah tersebut hanya omongan kosong dan karut terutama dalam zaman serba moden ini.

Untuk pengetahuan korang, ketukan pintu ini bukan sahaja menjadi mimpi ‘ngeri’ penduduk Selangor sahaja, malah ‘berjangkit’ pula sehingga ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Fuh, berani ‘dia’ rentas negeri musim PKP ni. Dah buat rondaan, tapi tiada ‘kelibat’ individu

Memetik laporan Kosmo!, rondaan dilakukan oleh penduduk Kampung Batu 37 Darat yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampungnya, Muhammad Nazri Saiman walau bagaimanapun tidak menemui sesuatu ‘kelibat’ yang ganjil yang melakukan perbuatan itu.

Menurut Mohammad Salahuddin, 34, perkara yang melibatkan ‘entiti’ ini sukar diterjemahkan kerana bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengannya, sudah pasti ia tidak dapat diterima logik akal.

Ketukan itu memang berlaku, namun hendak dikatakan akibat pocong amat sukar sebab tidak pernah menemukan entiti tersebut. Kita tahu ada alam ghaib seperti jin, namun bagi saya kekuasaan Allah menguasai segalanya dengan mengamalkan bacaan al-Quran.

Tambahnya lagi, dia yang mengikuti rondaan tersebut sejak 19 November lalu juga menjelaskan bahawa ketukan itu juga seolah-olah mengetahui penduduk kampung akan melakukan rondaan.Ada kadang-kadang aduan diterima selepas beberapa minit rondaan dilakukan di sesuatu kawasan perumahan di kampung ini. Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kelibat individu.

Bau kemenyan & bedak sebelum ketukan

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ?(MPKK) Kampung Batu 38, Mohd Zakiyuddin Ajmain, 53 pula mendedahkan terdapat bau kemenyan dan bedak sebelum berlakunya ketukan.

Terangnya lagi, dia dan tiga rakannya juga pernah berhadapan dengan ‘entiti’ berpakaian putih yang memunculkan diri ketika mereka sedang minum di hadapan rumah pada pukul 2 pagi sewaktu membuat rondaan pada malam kedua.

Saya beranikan diri bertanya apa yang dimahukannya dan menyuruhnya ke tempat lain serta tidak menganggu kampung ini.

Tambahnya, memang ada kewujudan makhluk halus di kampung tersebut. Namun, ia tidak pernah menganggu seperti yang berlaku dalam insiden misteri ketukan yang berlarutan ini.

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan ketukan misteri yang tidak pernah surut, penduduk kampung bertindak untuk mengamalkan bacaan surah Yasin dan solat hajat sebagai ‘pendinding’.

Hasilnya, kampung-kampung yang terlibat di Sabak Bernam kembali tenang selepas hampir seminggu ketukan itu ‘mengganas’.

Ada kaitan dengan ilmu hitam, nak ‘test power’

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu, Mohd Suhairi Machri, 42, gangguan ketukan yang dialami penduduk di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang itu dipercayai ada kaitannya dengan pengujian ilmu hitam khususnya dalam kalangan pengamal sihir.

Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berpendapat ‘usikan’ dan ‘godaan’ tersebut lebih kepada perbuatan makhluk yang ‘dilepaskan’ mereka bertujuan untuk menakutkan orang ramai seterusnya merosakkan akidah umat Islam.Katanya, jin yang biasanya tidak ‘bertuan’ jarang menganggu seseorang dan hanya menampakkan diri mereka sahaja.

Nak menyesatkan akidah umat Islam

Tambahnya, pengamal sihir ini hanya ingin ‘test power’ dan kehebatan mereka menyebabkan mereka akan diiktiraf oleh kelompok sendiri. Pengujian ilmu ini juga bertujuan untuk membuatkan orang ramai lebih takut kepada jin yang dihantar berbanding kepada Allah.

Berpindah-randah, takut ‘dihidu’ bijak pandai

Ia berlaku dalam tempoh paling lama seminggu sebelum beredar ke tempat lain. Ini bagi mengelak bertemu dengan bijak pandai dalam agama yang mempelajari tangkapan dan kaedah membasmi makhluk halus. Semoga, Malaysia aman daripada gangguan yang cuba menyesatkan ini.

(SERAM) AUDIO RAKAMAN PERBUALAN DGN JIN MISTERI KETUKAN PINTU TENGAH MALAM

pengalaman

Ok semua,abg man akan susun balik pengalaman ni untuk dikongsi.bukan niat nak menakutkan sesiapa,tapi sekadar nak berkongsi pengalaman abg malam tu berdepan dengan makhluk ni.

Malamtu abg dgn anak lelaki abg tengah rehat2 depan rumah mertua abg ni sambil isap rokok,yelah malam kedua raya haji kan..rehat2 layan facebook…

tiba2 terasa sunyi semacam.Sebelum dia betul2 muncul,memang abg dah terasa lain macam suasananya dgn angin yg datang sepoi2..mula2 terbau hanyir mcm bau siang ikan keli tu..

tiba2 abg terdengar bunyi mcm ada org perempuan ketawa,abg abaikan sebab mungkin jiran,sbb kejiranan teres kan..sekali terdengar pulak bunyi tu bertukar jadi nangis teresak2..sayuuuup je bunyi tu..angin terus datang kuat..time tu baru abg terperasan ada bayang kabur2 mcm asap kat kawasan pokok kemboja depan rumah tu..

2kali makhluk ni cuba tunjukkan diri dia..yg pasti mmg dia mula jelas kat pokok bunga kemboja tu..tu yg abg man dapat snap 2 gambar,tapi masih kabur jugak mcm camera hp ni takmau focus..abg tggu je,baru je nak duduk balik terus dia jelas…terkejut campur takut campur nekad,abg on camera/video,bangun dan terus rakam…

nauzubillah minzalik,mukanya buruk,pucat habis,mulutnya tak ada,bajunya lusuh buruk dgn mcm bertanah2,rambutnya panjang menggerbang..bila abg cuba zoom in..camera ni tendang balik zoom out,abg zoom balik terus jadi pecah gambar tu taktau kenapa..sedangkan video2 lain abg ambik time malam masa dgn family,elok je clear..abg pakai A51s je…

Masa start dia jelas,dia dah mula pusingkan kepala dia 360°..abg kuatkan semangat baca ayat dan surah,terus dia toleh muka abg sambil mula peletokkan kepala kebelakang…time tu abg dah meremang tahap habis dah,kaki ni mcm tak rasa pijak lantai,jantung jgn cakapla…laju mcm org baru lps lari pecut 100meter…

video dan gambar ni abg sharekan utk korang nilai sendiri bahawa benda ni mmg wujud kalau di Izinkan allah kita nampak…

korang tengok video ni betul2,tinggikan brightnes maximum..kalau tak jelas jugak cuba cari tempat gelap yg mana hp korang tak silau dari cahaya pada screen tu,tengok ulang2 kali…amati betul2 rupa dia..memang cukup hodoh dan menakutkan,ada yg kata mcm pakai mask,sebenarnya yg jelas depan mata abg mmg benda ni tak ada mulut..

lepastu korang dengar betul2 saat ke 0.40…dia mengilai,kalau tak dengar cuba gunakan earphone dan kuatkan volume tu..

abg mintak maaf pada semua kalau ada yg tetap tak boleh nampak,abg tak berani nak cakap apa2 atas sebab apa korang tak boleh nampak…

apa yg abg mintak,do’a kalian semua moga2 abg dan keluarga serta kalian semua dijauhkan dari segala musibah dan sentiasa dilindungi Allah SWT…aamiin..

Credit : Man Manz

Be the first to comment

Leave a Reply