warganet tertanya2

Suami aktif aplikasi ‘dating’, rupa-rupanya Sharifah Sakinah bercerai sejak Mei lalu

SPEKULASI mengenai hubungan rumah tangga Sharifah Sakinah dan suaminya juruterbang Aliff Adha akhirnya terjawab apabila aktres itu tampil mengesahkan hubungan itu berakhir pada Mei lalu.

Sakinah menerusi BH Online memberitahu, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu “Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun, ” katanya.

Sharifah Sakinah bersama anak perempuannya, Anais Adha.

 

Sebelum ini, hubungan pasangan ini dihidu bermasalah apabila Aliff dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk bersosial di internet.

Sementara itu, ditanya jika perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’… itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

 

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sakinah dan Aliff berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan

gambar terkini sakinah jadi persoalan warga net,tanda itu adakah parut? adakah lov3 bite?

hanya kinah boleh menjawabnya

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply