Rihana petra

Rihana Petra Dedah Leon Dah Pandai Menyelongkar Gambar Seseorang, Video Ini Buat Netizen Tersentuh

Terbaru, Ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Veovodina memuat naik video dimana anaknya, Leon sedang menyelongkar gambar gambar ayahnya di rak bawah TV.

Lihat video dibawah:

Berikut merupakan luahan Rihana yang dikongsikan menerusi laman Instagram;

“Kotak berisi foto berada di rak bawah, bawah TV, dan Leon sekarang yang sangat suka meneroka semua sudut di rumah kami dan membuka foto foto tersebut.

“Sudah tentu, dia tidak faham apa-apa lagi, tetapi rasa sakit di dada saya masih terasa… dan suatu hari saya perlu memberitahu anak saya apa yang berlaku antara saya dan bapanya

“Saya tidak akan menyembunyikan apa-apa dari Leon atau membuat cerita bahawa Ayahnya adalah seorang angkasawan dan terbang ke planet lain

“Saya tertanya-tanya adakah sesiapa dalam kalangan pengikut saya yang mempunyai situasi yang sama? ” tulisnya di ruangan caption di Instagram

Terdahulu memetik laporan Awani, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan tersebut berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.

Sijil perceraian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Terkini, status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan berkenaan sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

Sumber: Instagram Rihana Petra

Be the first to comment

Leave a Reply