Anuerah syok sendiri? Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop Era 2020, Tahniah

Berakhirlah sudah Anugerah Meletop Era 2020 (AME) selepas 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini dan tahniah juga diucapkan buat pemenang yang mana hebat-hebat belaka.

Walau bagaimanapun, begitu meriah AME 2020 ini seperti tahun lalu apabila kehadiran para selebriti terkenal dengan penuh gaya dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

SySQpakuZHxUFsSmp9bGWC
EDITOR’S PICK
Samsung Galaxy Note20 Ultra Telefon Paling Sempurna?
Open New Tab
Jika pada tahun lalu, kategori Top Top Meletop Lelaki dan Wanita dimenangi oleh penyanyi popular, Khai Bahar dan Siti Nordiana dan kali ini juga mereka tetapi kali ini kategori Top Top Group/Duo Meletop. Biarpun begitu, Top Top Meletop Wanita sekali lagi dinobatkan oleh Siti Nordiana manakala lelaki pula dimenangi oleh Haqiem Rusli.

Kami kongsikan juga kepada anda senarai penuh pemenang Anugerah Meletop Era 2020 bagi semua kategori bagi AME 2020. Sekali lagi tahniah buat pemenang!

Hos Meletop- Alif Satar

Couple Meletop- Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Pada tahun ini, pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen memenangi kategori Couple Meletop. Untuk pengetahuan pada tahun lalu, pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura merangkul anugerah tersebut.

Si Cilik Meletop- Alisa Aisyah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Artis Baru Meletop- Han Byul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Influencer Meletop- Syahmi Sazli Production

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Program Meletop- Sepahtu Reunion Live 2019 EP Akhir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Artis Versatil Meletop- Siti Nordiana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Drama Meletop- Sweet Dreams

Lagu & Penyanyi Meletop Era- Haqiem Rusli

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Group/Duo Meletop Era- Khai Bahar dan Siti Nordiana

Pelakon Meletop- Ben Amir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Filem Meletop- Ejen Ali The Movie

Bintang Filem Meletop- Syafiq Kyle

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Fesyen Meletop- Syafiq Kylez

Anugerah MeleTOP ERA anugerah syok sendiri?

21 Jan – Kali terakhir stesen televisyen Astro menganjurkan sebuah anugerah berprestij adalah pada tahun 2007 iaitu Anugerah Era dan sehingga kini, anugerah berprestij yag mengiktiraf artis tanah air itu tidak lagi dianjurkan.

Terbaru buat julung kalinya Astro akan menganjurkan sebuah anugerah yang memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk menentukan pemenang iaitu Anugerah MeleTOP ERA (AME) yang merupakan gabungan antara stesen radio ERA fm dan program hiburan “MeleTOP”.

Walaubagaimanapun penganjuran anugerah ini menimbulkan tanda tanya kerana seperti yang sedia maklum, Anugerah Era yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu merupakan sebuah anugerah yang mengiktiraf karya seni artis tempatan, tetapi ia tidak diteruskan lagi meskipun sudah tujuh kali diadakan dan keputusan Astro mewujudkan sebuah anugerah baru berdasarkan program yang setahun jagung pula dilihat bersifat seperti anugerah syok sendiri dan agak ‘main-main’.

Menafikan dakwaan tersebut, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, AME bukanlah sebuah anugerah syok sendiri kerana matlamat penganjurannya masih sama iaitu mengiktiraf dan menghargai bakal serta karya kreatif selebriti yang banyak menyumbang dalam seni hiburan merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

“Anugerah Era sudah tidak dianjurkan dan kami mengambil keputusan untuk menggabungkan anugerah tersebut dengan program hiburan “MeleTOP”. Daripada sebuah anugerah yang hanya berdasarkan radio, kami gandingkan dengan program tersebut yang merangkumi pelbagai cabang dunia seni.

“Ia adalah anugerah pilihan orang ramai kerana kami memberikan sepenuh kuasa kepada peminat untuk mengundi dan menentukan pemenang untuk setiap 17 kategori yang dipertandingkan.

“Meskipun ia baru diwujudkan dan sedang dalam fasa pengundian kedua sebelum malam kemuncak pada Februari depan, tetapi sehingga kini jumlah undian yang diterima untuk setiap kategori sudah mencecah ratusan ribu undian dan ia menunjukkan anugerah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat,” ujar Khairul ketika sidang pengumuman pencalonan top 5 AME yang berlangsung baru-baru ini.

Pengurus radio ERA fm, Nazri Noran menambah, “Setakat ini para pendengar ERA fm telah memberi tindak balas positif terhadap anugerah ini. Ternyata AME bakal menampilkan satu kelainan berbanding anugerah lain yang sedia ada.

“Pihak Astro berbangga kerana dapat menggabungkan dua medium penting dalam dunia penyiaran iaitu radio dan televisyen dalam sebuah acara yang dianggap berprestij.”

AME yang bakal diacarakan oleh Dato’ AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad akan berlangsung pada 8 Februari depan yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan serentak di Astro Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.
https://news. yahoo.com/anugerah-meletop-era-anugerah-syok-sendiri-025300447.html

Be the first to comment

Leave a Reply