Nadia mengaku

“Kecurangan yang dilakukan oleh isteri saya amat sukar untuk dimaafkan. Kalau tak ceraikan dia, saya menjadi seorang suami yang dayus. Moga Allah SWT lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya.

“Saya telah membuatkan laporan polis pada 6 Oktober di Balai Polis Cyberjaya dan di Ibu Pejabat Polis Sepang. Ikutkan hati, saya memang nak tunjuk tetapi kerana kes ini masih dalam siasatan polis, saya serahkan kepada mereka,” katanya.

MUIZZ mendakwa dia menyaksikan sendiri kecurangan isterinya dengan lelaki lain.
Menambah konflik, Muizz mendakwa menyaksikan sendiri kecurangan Nadia bersama seorang lelaki di sebuah hotel terletak di Cyberjaya, Selangor.

“Ada juga keterangan lain yang boleh membuktikan kebenaran daripada pihak saya untuk mengesahkan mereka berdua menginap selama dua malam di situ.

“Sekiranya siasatan telah selesai, apa yang dilakukan lelaki itu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dituduh bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan bersuami dengan niat jenayah,” ujarnya.

Muizz turut mendakwa telah menunjukkan semua bukti yang disimpan kepada isteri dan keluarganya.

“Isteri saya juga mengakui kesilapannya. Adakah itu masih fitnah?

“Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Berhentilah berlakon menjadi mangsa dan jangan tegakkan benang yang basah,” kata Muizz.

Tawar hati

Daripada pihak Nadia pula, dia mengakui sudah tawar hati dengan Muizz kerana lelaki itu kerap membuka mulut perihal rumah tangga mereka kepada umum.

“Saya sudah tawar hati dengan perangai suami yang suka membuka cerita tentang rumah tangga kami dalam media sosial,” jelas Nadia sambil mempertahankan tindakannya.

Dia bukan berhati busuk, tidak sempurna dan tiada hak menghukum kehidupan orang lain.

SUDAH tawar hati, Nadia mahu agar kemelut rumah tangganya bersama Muizz segera dileraikan dengan lafaz cerai.
Nadia ada mempertikaikan tindakan Muizz yang tetap mahu menunggu tarikh perbicaraan mahkamah sebelum melafazkan cerai terhadapnya. Nadia mungkin naif, tetapi itulah prosedur perceraian yang sepatutnya.

“Kalau tak mahu dicop sebagai lelaki dayus, kenapa nak tunggu tarikh berjumpa di mahkamah untuk lafazkan cerai. Kenapa?,” soalnya sedikit dangkal.

Sehingga hari ini, individu di sebalik pemilik nama A.A dan A.N yang didakwa Muizz menjalin hubungan dengan Nadia masih menjadi tanda tanya

 

kosmo.com.my/ 2020/12/20/nadia-muizz-saling-buka-aib/

Be the first to comment

Leave a Reply