netizen minta kembar 7G

Selebriti media sosial, Iera Tajudin dan kembarnya Ieka Tajudin pernah mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan guru gara-gara meraih 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meskipun menerima kecaman yang sangat hebat, namun remaja tetap menjalani kehidupan dengan tenang selain menguruskan perniagaan kosmetik milik mereka berdua.

Dapat 7G pun ok?

Terbaru, seorang pengguna Twitter @anazrulan memuat naik paparan skrin gambar Iera dengan mempersoalkan kapsyen remaja itu yang menganggap keputusan diperolehi tetap mampu memberikan kejayaan.

“Nombor plate macam ni boleh buat tak? yelah dulu kan ramai orang cakap 7g spm ni takda masa depan but alhamdulilah masa tu pun masih ada yang positive dengan iera.“Ingat guys! Manusia boleh berubah, yang jahat boleh jadi baik. Dan yang baik pun boleh jadi jahat. Stop judging others and spread positive vibes,” tulis kapsyen Iera.

Segelintir warganet tidak bersetuju dengan kapsyen tersebut kerana menurut mereka, mendapat keputusan begitu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana kelak akan menyusahkan diri di masa hadapan.

Janganlah buat kapsyen macam tu! Ayat boleh mempengaruhi

Selain itu, komen pengguna Twitter bernama Turu turut mendapat perhatian kerana menyifatkan ‘kebodohan’ seolah-olah adalah kejayaan terutama bagi golongan usahawan yang memiliki produk sendiri.

Terdahulu, Iera membuka perniagaan kosmetik dan busana yang diberi nama Siera.Co tidak menghiraukan segala kecaman yang diterima dan terus berinspirasi untuk berjaya.

Siapa tak kenal gadis comel bernama Iera Tajudin dan Ieka Tajudin ini. Gadis kembar ini pernah mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat netizen suatu masa dahulu berkaitan keputusan peperiksaan mereka sehingga digelar ‘Gadis Kembar 7G’. Walaubagaimana perkara tersebut selesai selepas mereka tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagram milik merekanya.

Tidak dinafikan, iera dan ieka ini memang popular di media sosial sehinggakan followers mereka di Instagram melebihi 400k setiap orang. Dengan jumlah pengikut yang ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak beberapa tahun yang lepas.

Paid reviews merupakan salah satu bentuk medium pengiklanan yang popular pada masa kini yang mana sesuatu produk akan di’review’ oleh personaliti media sosial yang popular dan mempunyai ramai pengikut. Oleh sebab itu, semakin ramai individu di media sosial muncul menawarkan khidmat memberi review atau ulasan mengenai sesuatu produk sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai.Dikhabarkan pasangan kembar ini pernah meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan! Wow, kalah orang yang dah bekerja bertahun-tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply