7 SEBAB Kenapa Da’e Syed tidak bersalah?-ulasan Youtuber terkenal ini akan buatkan p3ngecam TERKEDU?

Allah Sedang Menguji Kami Sekeluarga” – Bapa Da’i Syed Reda, Minta Netizen Berhenti Menyindir

video youtube ada bawah

Bapa kepada pendakwah bebas Da’i Syed, Syed Mohd Shaiful Jamalullail reda dengan kontroversi yang terpalit mengaitkan anaknya dengan dakwaan merogol seorang gadis baru-baru ini.
Jelas Syed Mohd Shaiful menerusi akaun Facebooknya, Seif Jamalullail pada Khamis, dia percaya Allah sedang menguji keluarganya.”Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya yakin Allah sedang menguji kami sekeluarga tidak melebihi daripada had kemampuan hambanya.
“Samada bersalah atau tidak, itulah adalah teguran dari Allah dan tanda sayangnya Allah. Tanggapinya dengan positif dan muhasabah diri.

“Saya reda apa yang berlaku, seperti yang pernah saya nyatakan sebelumnya, biarlah pihak yang berkuasa menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman,” katanya.Dalam pada itu, Syed Mohd Shaiful meminta orang ramai agar menghentikan sindiran dan kecaman terhadap anak dan keluarganya berhubung kontroversi terbabit.Hentikanlah sindiran dan kecaman dan berandaian atas ujian ini. Setiap ujian itu datang secara tiba-tiba.

“Sesungguhnya setiap orang daripada kita ada anak atau keluarga dan sudah disediakan ujian dihadapannya dengan pelbagai rupa dan bentuk yang belum diketahuinya. Kita semua tidak sempurna. Hari ini kita nampak hebat dan mulia dimata manusia kerana aib kita belum terbongkar,” tambahnya.Doa Syed Mohd Shaiful buat anaknya semoga tabah menghadapi ujian dan sentiasa tenang walau berdepan apa juga situasi.”Semoga Allah memberi ketenangan hati buat Iqmal dan kami sekeluarga, kerana ketenangan jiwa adalah raja segala kebahagian walau dimana saja posisi kita diletakkan.”Saya sebagai seorang bapa mendoakan Iqmal tabah dalam menghadapi ujian ini dan jadikan Allah swt tempat pergantungan sepenuhnya. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi hambanya,” ujarnya.credit Gempak

“Aliff, Lam, Miim” (2:1)
Hanya Tuhan sahaja yang tahu maksudnya.
Sesungguhnya manusia dalam keadaan serba tidak tahu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ?????? (@daisyed_)

 

Be the first to comment

Leave a Reply