Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai- Nadia brian

Nadia Brian mohon suami lafaz cerai

Kuala Lumpur: “Saya sudah tawar hati dengannya. Banyak juga kerenah Muizz yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya. Saya harap di mahkamah nanti Muizz akan terus melafazkan cerai,” kata pelakon Nadia Brian mengenai isu pergolakan rumah tangga dengan suaminya, Muizz Nasruddin.

Nadia ketika dihubungi berkata, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.

“Saya harap semua ini dapat diselesaikan cepat supaya masing-masing boleh teruskan kehidupan. Tak nak simpan perasaan dendam yang tak habis,” katanya.

 

Dalam pada itu, Nadia turut menafikan sekeras-kerasnya dia curang terhadap suaminya sepanjang perkahwinan mereka.

“Biar Allah saja tahu perkara yang sebenar. Mengenai curang saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak curang sepanjang tempoh perkahwinan dengan Muizz,” katanya yang memohon maaf tidak dapat menjawab panggilan atas urusan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Nadia berkata, Muizz memang sudah failkan perceraian di mahkamah dan mereka kini sedang menunggu tarikh untuk ke mahkamah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.

Muizz berkata, sekiranya dia terus berdiam diri dan tidak menceraikan isterinya, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)

https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653382/nadia-brian-mohon-suami-lafaz-cerai

 

Be the first to comment

Leave a Reply