update ttg adik shahmi Dilahirkan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan buah pinggang satu saja dan adik ni Minta Kaki Sempena Hari Lahir- Akhirnya cita2 adik nk kaki utk berjalan semula akan tercapai?

Doakan Syahmi dapat ‘kasut’.

 

Kuala Lumpur: Nasib kanak-kanak istimewa, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf yang dilahirkan tanpa kaki mendapat perhatian Bioapps Sdn Bhd, syarikat pembuat alatan sokongan untuk tangan dan kaki serta anggota palsu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi pertemuan hari ini, Syed Danial Syahmi, 9, atau mesra dipanggil Syahmi dibawa ibu, Azlindahani Othman, 38, dan bapanya, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasa, 40, ke PPUM dari rumah mereka di Taman Jati, Ipoh.

Menurut Azlindahani, temujanji itu diadakan untuk bertemu dengan pakar kaki dan tangan palsu PPUM yang mahu memeriksa lebih lanjut keadaan Syahmi.

“Tiga hari lalu iaitu sehari selepas tersiarnya artikel Syahmi di Harian Metro, saya dihubungi wakil syarikat itu memaklumkan hasrat mereka untuk membantu anak saya.

“Setibanya di PPUM pagi tadi, kami dibawa bertemu dengan pakar.

“Kami diberi khidmat rundingan percuma dan pakar berkenaan turut memeriksa keadaan Syahmi bagi melihat kekuatannya berjalan serta berlari.

Difahamkan, Syahmi akan diberi kasut yang dibuat khusus untuknya, namun ia masih di peringkat awal kerana perlu menunggu maklumat selanjutnya daripada syarikat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Azlindahani, dia dan suami terharu keprihatinan syarikat itu yang mengambil inisiatif untuk membantu Syahmi.”Ia satu perkembangan yang baik malah Syahmi begitu teruja untuk ke hospital tadi.”Saya beritahu supaya jangan terlalu berharap kerana segalanya masih di peringkat awal kerana enggan dia bersedih jika tidak dapat apa dimahukan.

“Belum ada kepastian sama ada ia ditaja atau sebaliknya,” katanyaBagaimanapun, Azlindahani tetap berterima kasih kepada semua yang mendoakan anak bongsunya itu.”Jutaan terima kasih kepada warganet yang memberi kata semangat dan mendoakan Syahmi serta kami sekeluarga.

“Tidak lupa juga kepada Harian Metro yang menyiarkan kisah Syahmi. Hanya Allah saja dapat membalasnya,” katanya Selasa lalu, portal Harian Metro menyiarkan kisah Syahmi yang bukan hanya dilahirkan tanpa betis tetapi turut mempunyai masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB). Satu hantaran yang menyentuh hati netizen ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13. Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

kisah terdahulu

Syahmi Dil4hirkan T4npa Betis, Jantung Berl0bang Dan Ada Sebel4h Buah Pinggang Saja. Namun, Ini Luahan Hati Ibu Dan Ayahnya


Kuala Lumpur: “Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” kata ibu dua anak, Azlindahani Othman.

Azlindahani, 38, berkata demikian ketika menceritakan kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 9, atau mesra dengan panggilan Syahmi yang dil4hirkan t4npa betis, mas4lah jantung berl0bang dan sebelah buah pinggang saja.

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahani berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).

Salah satu hantaran yang meny3ntuh hati ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahani serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddin, 13.

Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahani bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

Azlindahani yang menetap di Taman Jati, Ipoh, Perak berkata, reaksi Syahmi membuatkannya tergamam dan sebak kerana menyedari tidak mampu untuk menunaikannya.

“Saya sedih kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.

“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlukan semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan perihal Syahmi, Azlindahani berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sewaktu h4mil lagi.

“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan men1nggl dnia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.

“Ketika h4mil empat bulan, doktor beritahu ada kec4c4tan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berb4haya.

” Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggvgurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” katanya.

Dia berkata, dengan izin Allah, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya itu.

“Saya bimbang dia tidak hidup lama seterusnya meninggalkan saya tetapi saya dapat semula semangat selepas doktor di Institut Jantung Negara (IJN) memberitahu jantungnya boleh dirawat,” katanya.

Di sebalik kekurangan, Azlindahani berkata, Syahmi mudah dijaga kerana pernah dua kali saja dimasukkan ke hospital akibat demam dan cirit-birit.

“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh s4kit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana seluruh keluarga menyayangi Syahmi terutama anak sulung yang rajin membantu menguruskan adiknya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply