M4y4t Naib Ketua Armada Kota Tinggi sudah pun ditemui

KOTA TINGGI: Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi yang ditemukan m4 ti lemas di Tanjung Balau, di sini dipercayai tergelincir dari jeti ketika mahu mengambil seliparnya yang terjatuh.

Mangsa, Mohd. Zulfikrie Buang, 24, dikatakan tergelincir dan ditarik ombak dalam kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira pukul 5 petang semalam.

Sebelum kejadian, arw4h  sedang melalukan kerja-kerja membaiki jeti.Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mayatnya ditemukan di celah batu dari lokasi dia jatuh pada pukul 3 petang ini.

“Kami menemukan m4 yat mangsa dengan jarak anggaran 500 meter dari tempat kejadian atau tempat mangsa jatuh.

“Semalam pihak bomba bertindak membuat pencarian di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu Jeti Nelayan Tanjung Balai, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balai.

 

Operasi ditangguh kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan sebelum disambung semula pada pagi hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Mohd. Fadli berkata, jen4 zah mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Terdahulu, beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.04 petang semalam. Katanya, sejurus selepas itu, operasi pencarian dilakukan dipinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau.Operasi itu turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Ketua Armada Kota Tinggi, Hasnol Hadi Mohd. Sabalas menyifatkan pemergian mangsa adalah satu kehilangan besar bagi kerangka pertubuhan itu di peringkat bahagian.Katanya, m4ngsa adalah seorang anak muda yang penuh dengan idea misi dan visi serta amat komitmen dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan.

“Arwah adalah penyelia projek di mana ketika kejadian berlaku. Difahamkan, mereka sudah selesai menyiapkan kerja-kerja namun dia terjatuh ke dalam laut ketika hendak mengambil seliparnya.“Kami benar-benar merasai kehilangan beliau tambahan pula kami di peringkat bahagian baru sahaja merangka struktur namun kini kehilangan orang kuat dalam pasukan kami.“Keadaan ini membuatkan kami sedikit terganggu. Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. – UTUSAN ONLINE via isu viral

Be the first to comment

Leave a Reply