9 gambar Comel sebiji anak patung!” -Mata ‘grey’ anak Emma Maembong raih pujian

Umum sedia maklum bahawa pelakon cantik, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 November lalu.Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar bersama si comel walaupun Emma masih berada dalam mood berpantang sebelum ini.

Umum sedia maklum bahawa pelakon cantik, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 November lalu.Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar bersama si comel walaupun Emma masih berada dalam mood berpantang sebelum ini.

Pelakon wanita tersebut dan suaminya turut membuka akaun Instagram untuk anak tersayang dengan memaparkan perjalanan kehamilan Emma sehingga dia melahirkan.
Dalam akaun @eslovestory, dapat diperhatikan mata bayi lelaki Emma Maembong berwarna kelabu dan mendapat pujian daripada warganet yang begitu teruja melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Aww ma baby @eslovestory first photoshoot with @yourstrulyphotography_kl ?,” demikian kapsyen yang ditulis pelakon Emma Maembong pada gambar anak sulungnya yang pertama kali melakukan photoshoot.

Emma yang selamat bersalin pada 8 November lalu itu dilihat tidak lokek berkongsikan gambar-gambar bersama puteranya meskipun masih dalam tempoh berpantang, menerusi laman Instagram miliknya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah keunikan mata anak Emma yang kini sudah mencecah sebulan itu berwarna kelabu dan ia mendapat pujian netizen. Kata netizen lagi, pasti apabila besar kelak memiliki rupa paras yang kacak. Meskipun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum, namun setakat ini Emma dan suami masih belum memaklumkan nama anak mereka.

Tetapi menerusi Instagram pelakon Aprena Manrose, dia seolah telah mendedahkan nama anak Emma apabila memanggilnya dengan panggilan ‘Baby Shariq’ ketika melawat mereka.

Untuk makluman, Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.

Be the first to comment

Leave a Reply