Terkena Buatan Orang Sehingga Keluarga Mende rita”, Bapa Fattah Anas Minta Maaf

MALAYSIA: Ilmu Hitam, atau lebih dikenali sebagai sihir dalam Al-Quran merupakan satu perbuatan yang amat dikutuk dalam Islam. Semua bentuk sihir diharamkan memandangkan asas kegiatan ini melanggar prinsip-prinsip Islam. Sebagai Muslim, kita percaya hanya Allah SWT yang mempunyai kekuasaan untuk merubah takdir dan membentuk kehidupan kita. Sihir menghapuskan konsep ini dengan memberi kuasa kepada manusia untuk menentukan takdirnya. Ini bererti dia menduakan Allah.

Dek hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ada yang tergamak menggunakan cara halus atau ilmu hitam semata-mata mahu melihat orang itu menderita. Seperti yang dialami oleh seorang individu ini apabila dia dan keluarga terpaksa menderita selepas terkena buatan manusia yang tidak berhati perut. ‘Jadi cukup lah tu’

Allah maha kuasa. Demi Allah, yang baik baik hanya untuk Dia, yang hina tu saya. Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu, penat aku tanggung, penat aku bawa. Tutup penat ni dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi, ye tak apa. Memang hina, saya terima.

Macam-macam dah kena, sakit memang sakit. Habis? banyak dah abis, abis daaa. Jadi cukup lah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa. Kesian Anas, kesian Aneesa. Depa kena tempias tu, depa nampak tempias ni. Kesiankanlah dekat depa. Takpe, ni kita rehat pejam mata. Jap lagi buka mata, kita senyum macam biasa. Please.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh bapa kepada Fattah Anas iaitu seorang kanak-kanak yang pernah viral pada suatu ketika dahulu di Instagram, memaklumkan bahawa dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara perbuatan sihir. Dalam kesempatan itu, bapa Anas meluahkan rasa terkilan kerana ada inidividu yang sanggup berbuat demikian. Selain itu, dia sempat memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, bapa Anak mengakui bukan dirinya sahaja yang menanggung derita sebaliknya anak-anaknya juga turut terima tempias. Sementara itu, individu ini merayu agar mereka yang terlibat supaya berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

‘Allahu, minta dijauhkan’

Bagaimana pula kita memelihara diri dari terkena sihir, atau keluar dari mantera ini? Dua surah terakhir dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Falaq dan Surah An-Nas telah diturunkan khusus untuk menghindari dari terkena sihir.

Yang paling utama, teguhkan iman kepada Allah SWT dan kepada Rasullulah SAW. Lazimkan membaca Al-Quran dan ini akan melindungi diri dari terkena sihir.

kecomelan adik fatah anas yng mungkin di cemburui

Sumber: Fattahanas_boyyeah Via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply