TERKINI -Tidak Ada Dokumen Juga Boleh Mohon KWSP i-Sinar

i-Sinar: KWSP tidak ‘tutup pintu’, Kategori 2 pertimbang situasi unik dihadapi ahli

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan kriteria-kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan untuk ‘menutup pintu’ kepada lapan juta pencarum yang layak memohon kemudahan tersebut. Sebaliknya, Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unik yang dihadapi setiap ahli KWSP.

Menurut beliau, mana-mana ahli yang terjejas boleh membuat permohonan mengikut Kategori 1 dan Kategori 2 seperti yang diumumkan KWSP pada Rabu. “Setiap ahli yang terjejas ini (mempunyai situasi yang) unik (bergantung) kepada individu tersebut.“Kita tidak boleh menggunakan formula sama sebagai penyelesaian kepada semua individu. Jadi, kita hendak memastikan setiap individu yang mempunyai isu-isu dan cabaran-cabaran yang tersendiri, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan di Kategori 2.

“Kita tidak mahu menutup apa-apa pintu kepada ahli-ahli untuk mendapatkan wang bagi menolong mereka bertahan (kesan COVID-19). Jadi, untuk Kategori 2, kita menyarankan kepada ahli-ahli untuk menyiapkan dokumen yang boleh menunjukkan kesan (pendapatan) terjejas dan hantar kepada KWSP bermula 11 Januari 2021.

“Kita akan membuat pertimbangan untuk setiap orang kerana setiap orang (mempunyai) isu yang unik,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis.

Menerusi Kategori 1, kriteria yang ditetapkan termasuk kepada ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori tersebut, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik akan diberikan berdasarkan data dalaman KWSP.

Mengulas lanjut, Alizakri berkata, mana-mana ahli yang tidak memenuhi kriteria Kategori 1, masih mempunyai peluang untuk membuat permohonan di Kategori 2. Alizakri menambah, pihaknya menyedari bahawa terdapat kes-kes tertentu di mana ahli tidak terlibat dengan pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus berikutan data yang dimiliki KWSP hanya mengambil kira gaji pokok sahaja.

“Tetapi kita tahu ramai ahli kita yang mendapat pendapatan dari elaun atau kerja lebih masa, yang mana jumlah itu kita tidak mempunyai rekod. Jadi, kalau kita tengok potongan gaji pokok, secara automatik kita nak mudahkan, cepatkan dan memastikan keselamatan pencarum ahli kita.“(Justeru) saya hendak mengatakan kepada ahli kita, jangan risau. Kalau Kategori 1 tidak dapat masuk, kita ada pintu kedua (Kategori 2).

Melalui pintu kedua, ahli hanya siapkan dokumen untuk mengesahkan dan menolong KWSP untuk menolong ahli kita yang terjejas,” jelas beliau.

Sementara itu, mana-mana ahli yang tidak memiliki dokumen sokongan pula, Alizakri berkata, KWSP terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi pemohon berkenaan.“Sebab setiap orang berlainan, jadi datanglah kalau betul-betul memerlukan pertolongan dan tiada dokumen, datang berjumpa dengan pegawai kita.

“Tetapi ia mungkin melambatkan sedikit sebab kita mahu memastikan (wang tersebut) dapat dikeluarkan secepat mungkin,” katanya.Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kemudahan i-Sinar diperluaskan kepada lapan juta orang berbanding dua juta ahli yang layak.Selain itu, jumlah pengeluaran maksimum turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam akaun 1, membabitkan peruntukan RM70 bilion.Manakala, ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun 1, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Mana-mana ahli yang tidak memiliki dokumen sokongan pula, Alizakri berkata, KWSP terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi pemohon berkenaan.
“Sebab setiap orang berlainan, jadi datanglah kalau betul-betul memerlukan pertolongan dan tiada dokumen, datang berjumpa dengan pegawai kita.
i-Sinar: KWSP tidak ‘tutup pintu’, Kategori 2 pertimbang situasi unik dihadapi ahli

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isinar-kwsp-tidak-tutup-pintu-kategori-2-pertimbang-situasi-unik-dihadapi-ahli-271455

Be the first to comment

Leave a Reply