SUBHANALLAH! MERTUA SYAFIQ DEDAH PETANDA INI BERLAKU 2 HARI SEBELUM ISTERINYA PERGI, LUAH HATI

dengar pakcik tu cakap kat video atas ni

Sayunya …arwah bgtau nk blik ..mmg betul balik ..tp sebagai jen4zah ..sy doakn arwah ditmptkn bersama cucu DLM Syurga Allah …moga wife syafiq selamat n sembuh ..Dan syafiq sy doakn awk n ank perempuan awk kuat kerana Allah …walaupun sgt hibe hilg org yg Kita syg …Dan X mudh nk melalui nya …insyallah Ada org yg sygkn awk sekluarga Dan akn doakn sentiasa …

semntara itu

Aisy di mana?

Nibong Tebal: “Mana Aisy… Aisy dah tiada,” Itu ayat yang keluar dari mulut pemain kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, ketika menunggu jenazah bayi lelakinya di Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, hari ini. Perkara itu dimaklumkan adiknya iaitu Muhammad Zulfadhli, 24, apabila melihat abangnya seperti tercari-cari Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari ketika dia menemani penyerang Johor Darul Tak’zim (JDT) itu.

Muhammad Zulfadhli berkata, abangnya mengalirkan air mata apabila didekati rakan dan saudara mara, malah enggan bercakap dengan sesiapa berikutan terkejut dengan insiden itu.

“Abang terlalu sedih dengan pemergian bayi lelaki dan ibu mentuanya sehinggakan dia banyak berdiam diri kerana terlalu terkejut.

“Ramai yang menghubunginya, namun dia tidak mampu menjawab segala pertanyaan buat masa ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, kenderaan dinaiki Muhammad Syafiq, 25, bersama lima yang lain terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jawi, di sini.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyata Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang pantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anaknya Muhammad Aisy Saqeef dan Aaira Nur Saffiyya, 2, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah manakala Muhammad Syafiq, isteri dan anak sulungnya cedera ringan.

Difahamkan, Muhammad Syafiq kebiasaannya akan pulang menaiki kapal terbang, namun dia memilih untuk memandu kenderaan sebelum kejadian berlaku.

Be the first to comment

Leave a Reply