Saya sayang awak tau” Memey Suhaiza buat surprise birthday untuk Abby Abadi

Pada tarikh 1 Disember, Abby Abadi menyambut hari kelahirannya yang ke 43 tahun. Bekas penyanyi kumpulan Elite ini menerima satu kejutan khas sempena hari kelahirannya itu.

Hari istimewanya, pada tahun ini, Abby Abadi menerima satu surprise dari Memey Suhaiza yang berganding dengan Norman Hakim dan juga suami Abby Abadi iaitu Jai Ezzany.

Pada mulanya, Memey Suhaiza telah membawa Abby Abadi berjalan-jalan. Dan mereka telah keluar membeli belah.

Malah Memey turut muatnaik gambar bersama Abby Abadi, dan mengatakan dia amat sayangkan Abby Abadi.

“Hai orang sebelah saya ni. Saya sayang awak tau Abby Abadi. Semoga ukhwah ini akan selalu dalam lindungan dari yang maha kuasa Allah. Semoga yang terbaik untuk kita semua dan juga anak-anak”.

“Mummy mama sebenarnya dah pasang angan-angan nak bawa anak bercuti selepas pkpb habis. Oleh itu kita berangan dulu. Rasanya dapat tak holiday pada bulan 12 ni”.

Kemudian Abby Abadi telah repost semula gambar berkenaan, dan mengatakan dia turut sayangkan Memey Suhaiza. “Sayang awak juga hehe” Itulah yang ditulis oleh Abby Abadi.

Setelah habis bershopping, kedua mereka pulang ke rumah. Dan barulah kejutan dibuat setelah Abby masuk ke dalam satu bilik di rumahnya.

Abby Abadi memang tak sangka, kejutan itu dibuat untuk dirinya, sehari lebih awal agar ianya berjalan lancer tanpa sebarang syak dari Abby Abadi.

Ini tulis Memey Suhaiza setelah berjaya buat surprise untuk Abby Abadi.

“Esok birthday mama Abby Abadi, tetapi saja kita buat surprise kan lagi awal. Dah pakat dengan abah, papa, dan anak semua. Jadi kita sambut sehari awal. Nanti esok boleh sambut lagi”

“Ajak mama pergi shopping lepas tu mama terlebih seronok macam tak nak balik masa shopping. Tetapi terpaksa juga buat macam alasan nak balik sebab kat rumah semua dah ready. Akhirnya ianya berjaya. Happy birthday mama Abby Abadi”.

Abby Abadi ternyata terkejut, dan meluahkan rasa syukur kerana diberi kebahagiaan kepada dirinya.

Memang bahagia tengok family ini terus akrab seperti ini. Memang satu contoh yang amat baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Memey Dan Abby Berpelukan Norman Sebak

PETALING JAYA – Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang berlarutan selama ini.

Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam adalah untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau diikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi, dan apatah lagi Memey.

“Ketika sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

“Saya sangat terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit kegirangan ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa seperti filem Hindustan pula. Ini adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini,” cerita Norman ketika dihubungi di sini petang Khamis.

Tambah Norman Hakim, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak penuh kesyukuran kerana doanya untuk melihat bekas isterinya itu dan Memey menghapuskan sengketa termakbul dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.

“Saya ada juga bertanya kepada mereka, apa yang membuatkan mereka berdua kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.

“Apa-apa pun saya bersyukur kehadrat Ilahi, tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada…

Norman menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

“Saya berasa seronok sangat kami semua dapat berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi dilihat Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

“Malah Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tambahnya lagi.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, aktor itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

“Saya tak boleh nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status sebenar Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga dan hubungan ini.

“Memey sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang dan berniat untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya lagi.

Abby Abadi dan Norman Hakim pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim (8), Marissa Dania Hakim (6), dan Maria Danisha Hakim (63), namun perkahwinan itu terkandas pada 18 Disember 2008

berita 3 osos 2012

Be the first to comment

Leave a Reply