
Ramai yang keliru dengan ayat “ganti semula” pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar.
Untuk makluman anda, menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
Maksudnya begini:
Katakan anda keluarkan RM9,000 dari akaun 1 melalui i-Sinar.
Maka disyaratkan kelak apabila ahli telah berkerja semula dan mencarum KWSP seperti biasa (bersama caruman majikan), caruman baharu itu akan dikreditkan ke akaun 1 sepenuhnya sehinggalah pendahuluan RM9,000 tadi diganti.
Setelah itu barulah caruman dipecahan semula mengikut kebiasaan 70:30 Akaun 1 dan Akaun 2.
Anda mungkin tidak akan rasa perbezaan. Cuma akaun 2 ahli berkuranglah sedikit. Jumlah caruman tiada beza secara keseluruhannya.
Bagaimana pula kalau tidak berkerja? Tak berkerja maka tak perlu mencarum dan tak perlu ganti duit yang telah dikeluarkan itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754881/kwsp-i-sinar-benarkan-10-peratus-pengeluaran-akaun-1
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.