Pacu pelaburan, kukuh ekonomi

BELANJAWAN 2021 di bawah matlamat keduanya, iaitu kelangsungan perniagaan, memberi fokus bantuan bertujuan untuk memacu pelaburan, memperkukuh sektor tumpuan dan mudah akses perniagaan.

Bantuan ini diyakini dapat memulihkan kelembapan dalam industri maritim yang turut berdepan cabaran ekoran pandemik COVID-19.

Cabaran seperti kelangsungan perniagaan disebabkan masalah kewangan dan penamatan kontrak pekerja menyebabkan perniagaan maritim dan rantaian bekalan terganggu.

Hal ini menjejaskan pembangunan ekonomi negara keran a 90 peratus daripada keseluruhan aktiviti perdagangan negara adalah melalui pengangkutan laut.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Kerajaan peruntuk RM5.9 bilion bagi Program TVET
PROTON ditauliah sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional
Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi jadi tema
Bidang kolar baharu sedia peluang untuk diteroka
Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2021 dijangka mampu menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik.

Malaysia sebagai negara maritim, mempunyai kedudukan strategik di laluan perdagangan dan pengangkutan antarabangsa. Industri maritim ialah nadi pertumbuhan ekonomi negara.

Skim Pembangunan Maritim dan Logistik yang akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2023 dengan dana RM3.7 bilion dijangka dapat membangunkan pelabuhan dan infrastruktur maritim.

Kerajaan melahirkan komitmen sebagai pemudah cara menyediakan akses dana pelaburan termasuk menambah baik persekitaran perniagaan.

Kemudahan ini bakal memanfaatkan syarikat perkapalan dan logistik yang sebelum ini mencatat pertumbuhan pada kadar perlahan. Ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Selain itu, had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen dinaikkan daripada 10 peratus kepada 40 peratus daripada nilai jualan tahunan.

Peningkatan had jualan dilihat sebagai peluang membangunkan kembali sektor pergudangan untuk menjadi kompetitif dan relevan di peringkat nasional dan global.

READ  Gara-gara anak kerap melaungkan azan. Rumah diketuk P0lis

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga mengumumkan pelanjutan kadar cukai pendapatan istimewa pada kadar rata 15 peratus untuk tempoh lima tahun.

Pelanjutan ini bakal diberikan kepada individu bukan warganegara yang memegang jawatan utama bagi pelaburan baharu strategik oleh syarikat memindahkan operasi ke Malaysia.

Usaha ini dilihat bakal menjadi daya tarikan pelabur asing bagi merancakkan kembali aktiviti perniagaan berasaskan maritim di negara ini.

Selain unsur teknologi, kestabilan industri maritim berkait rapat dengan pemerkasaan sumber manusia. Melalui Belanjawan 2021, sejumlah RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyediakan pinjaman kepada pelatih program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di institusi latihan kemahiran awam dan swasta.

TVET mengetengahkan gabungan pengetahuan dan kemahiran vokasional serta teknikal bersesuaian keperluan industri masa akan datang.

Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan belia dalam mengikuti program berteraskan TVET ini, kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus dengan elaun bulanan peserta dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000.

SLDN ialah program latihan berorientasikan industri menggabungkan latihan di tempat kerja dan pembelajaran di institusi mensasarkan belia lepasan sekolah atau pekerja kurang mahir sedia ada.

SLDN dilihat mampu melahirkan pekerja tempatan berkemahiran tinggi, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja mahir asing.

Latihan dan pembangunan kerjaya amat penting dalam kebolehpasaran graduan dan juga peningkatan tahap kecekapan dan produktiviti terutama pekerja di peringkat pertengahan dan profesional.

Akur dengan keperluan ini, kerajaan meluluskan peruntukan RM150 juta bagi program KPT-PACE dengan graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000 untuk mengambil kursus sijil profesional.

Kerajaan juga mengagihkan dana sebanyak RM100 juta untuk program Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) melalui latihan usahasama dengan majikan sektor swasta.

READ  Dr Noor Hisham sudah buat yang terbaik - Menteri Agama

Ini secara tidak langsung mencerminkan kerajaan memandang serius pembangunan modal insan holistik selaras dengan matlamat untuk menempatkan Malaysia sebagai negara maritim berwibawa di mata dunia.

Dapat disimpulkan kerajaan mengambil langkah proaktif dalam memastikan kemampanan industri maritim melalui peruntukan dalam Belanjawan 2021.

Diharapkan penggiat industri maritim menerima manfaat daripada peruntukan ini dapat memainkan peranan lebih aktif dalam melonjakkan pembangunan industri maritim.

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu

BERITA BERKAITAN

Be the first to comment

Leave a Reply